Thursday, October 22, 2009

Okt 2009 PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN EDWARD LEE POH LIN (BUKIT GASING)

Tajuk: Pajakan dan pembangunan tanah
http://dun.selangor.gov.my/v2/sites/default/files/03.2009/BERTULIS/06.101-110.pdf

101. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

a) Apakah Kerajaan Negeri sedang lakukan untuk memastikan bahawa kepentingan rakyat adalah dilindungi dan diberikan kedudukan atau status hak milik kekal atau selamanya untuk tanah mereka tanpa apa-apa bayaran premium di mana ia adalah hak mereka?

b) Adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan isu pajakan tanah sebagai satu alat untuk pembangunan atau pembangunan semula Bandaraya Petaling Jaya?

c) Jika akan berlakunya pembangunan atau pembangunan semula di Bandaraya Petaling Jaya, bagaimanakah ini akan dilakukan?

JAWAPAN :

a) Berhubung pemberimilikan tanah kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri mengamalkan dasar Kerajaan Berkebajikan di mana pemberimilikan tanah-tanah baru dan perlanjutan tempoh pajakan diberikan kepada pemohon yang layak khususnya bagi tujuan bangunan kediaman.

Dalam pelaksanaan dasar ini, Pihak Berkuasa Negeri terikat dengan peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) di mana bawah peruntukan Seksyen 42 Kanun Tanah Negara, pemberimilikan tanah kerajaan boleh diluluskan secara pajakan tidak melebihi tempoh 99 tahun. Sebagai balasan kepada Pihak Berkuasa Negeri secara “win-win situation”, individu yang diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dikehendaki menjelaskan pembayaran premium tanah yang mana merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri yang kemudiannya disalurkan untuk tujuan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

b) Cadangan pembangunan semula di kawasan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (Seksyen) adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti persekitaran dimana ianya melibatkan kawasan yang usang, agak sesak dan tidak teratur serta kawasan yang berusia melebihi 30 tahun dan mempunyai tahap keupayaan infrastruktur yang rendah.

c) Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Oktober 2009 telah menolak soalan ini


No comments: